Datuk Awie Mengaku Diuji Ketika dan Selepas Menunaikan Umrah ~ Penyanyi rock lejen nombor 1 negara, Datuk Awie menceritakan saat-saat dirinya berdepan dengan situasi yang mendebarkan apabila seluruh tubuh badannya menjadi lemah sebaik sahaja pulang dari mengerjakan umrah.
Kata Datuk Awie, sebaik sahaja tiba di Malaysia, dia mengalami kesukaran untuk membuang air besar hingga berdarah malah kedua kakinya jadi “jammed"
Jelas Datuk Awie, dia juga tidak pasti apa yang berlaku ke atas dirinya dan mungkin ia satu petanda untuk dia terus lagi berada di tanah suci Mekkah.
Selain itu, Datuk Awie juga berkongsi pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang keberadaannya di kota suci Mekkah dan buat pertama kali dalam hidupnya , air mata menitis setiap kali dia selesai menunaikan solat sunat di sana.
“Saya menangis setiap kali solat sunat . Pengalaman yang paling tak dapat dilupakan, ketika saya berada di Taman Raudhah di Madinah“
“Saya seolah–olah berjumpa dengan kekasih, saya menangis tak henti-henti di situ “, katanya.
Kredit: Astro Gempak
0 comments
Catat Ulasan