Tanah Arab Menghijau Tanda Hari Kiamat?

Rasulullah s.a.w berkata ‘tidak akan datang hari kiamat sehingga Tanah Arab kembali menghijau dan dialiri oleh sungai-sungai’ - sembang pacak


Tanah Arab Menghijau Tanda Hari Kiamat? ~ Heboh di media sosial baru-baru ini tentang keadaan terkini di sebuah kawasan di Tanah Arab setelah dilanda hujan lebat semalaman. Sebuah video yang baru dikongsikan ke Facebook sejak petang semalam telah menjadi perhatian dan menggugat ketenangan ramai. Dalam video itu, seorang lelaki yang dalam perjalanan dari Kota Madinah ke Thaif telah menunjukkan kawasan pergunungan di sekitarnya yang ditumbuhi rumput dan mula menghijau.


Menurut lelaki ini yang sudah menetap selama 8 tahun di tanah suci itu, ini adalah kali pertama di melihat kawasan pergunungan di sekitar Madinah ditumbuhi rumput dan mula menghijau sedangkan sebelum ini hanya berbatu dan berwarna hitam. Lebih ajaib lagi, keadaan itu berubah selepas sehari setelah bandar itu dilanda hujan yang lebat.


Lelaki ini turut memberitahu bahawa semua sungai dan lembah di sekitar Kota Madinah sudah dipenuhi air sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Lelaki yang merakam video berkenaan turut mengaitkan keadaan itu dengan satu hadis yang bersabda tentang hari kiamat. Dalam hadis tersebut, Rasulullah s.a.w berkata ‘tidak akan datang hari kiamat sehingga Tanah Arab kembali menghijau dan dialiri oleh sungai-sungai’.

Ternyata, perkongsian video itu membuatkan ramai menjadi gusar dan bimbang tentang kebenaran bahawa hari kiamat kian menghampiri.
Saksikan Video Tanah Arab Menghijau Tanda Hari Kiamat?

0 comments

Catat Ulasan