Tular, Lelaki Jumpa Gambar dengan Tulisan Siam Di Tanah Perkuburan Dipercayai Ilmu Sihir


Di Facebook, tular sebuah posting di mana seorang pengguna terjumpa beberapa keping gambar dengan tulisan aneh di sebuah tanah perkuburan. - sembamg pacak




Tular,  Lelaki Jumpa Gambar dengan Tulisan Siam Di Tanah Perkuburan Dipercayai Ilmu Sihir | Walaupun sudah hampir menginjak ke tahun 2019, kes sihir masih lagi dipraktiskan sesetengah pihak akibat dengki terhadap orang lain.
Di Facebook, tular sebuah posting di mana seorang pengguna terjumpa beberapa keping gambar dengan tulisan aneh di sebuah tanah perkuburan.




Pengguna itu juga berkongsi tiga keping gambar terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki. Dia meminta orang ramai supaya menyebarkan berita ini supaya individu dalam gambar tersebut berhati-hati dengan perkara yang tidak diingini.




Selain itu, individu berkenaan turut menjelaskan yang dia menemui gambar terbabit dalam keadaan diikat bersama sebatang lilin setiap satu di kawasan perkuburan di Kampung Alor Madi, Anak Bukit, Kedah. Gambar itu bukan sahaja telah diconteng dengan bahasa asing, bahkan ada kesan koyakan.
Ramai di antara netizen mengesyaki bahawa itu adalah sihir yang berasal dari Siam.



Dalam masa sama, netizen berpesan supaya tidak memuat naik gambar sewenang-wenangnya di laman media sosial.



Setelah tular, seorang lelaki yang mengaku merupakan salah seorang daripada mangsa di dalam gambar itu telah memberi penjelasan bahawa dia tidak apa-apa dan berterima kasih kepada warga Facebook lain di atas keprihatinan mereka.




Kenapalah sehingga perlu menggunakan sihir untuk melampiaskan hasad dengki terhadap orang lain? - CARI

0 comments

Catat Ulasan