Kehilangan barang di dalam rumah bukanlah sesuatu yang jarang berlaku. Walaupun di dalam rumah, ada sahaja barang-barang yang boleh hilang dari pandangan mata kita. Lebih melucukan apabila kita tak nak guna pakai barang itu, ada saja kita nampak. Tetapi, waktu kita nak guna, boleh pula barang itu hilang. - sembang pacak
Petua ini hanyalah bantuan untuk memudahkan proses mencari sahaja. Kadang-kala ianya menjadi, dan kadang-kala usaha mencari itu boleh berakhir dengan kekecewaan. Boleh jadi barang tersebut telah diambil oleh orang lain dan diletakkan di tempat yang asing bagi anda. Lagi pun, barang itu hanya hilang di dalam rumah, anda boleh tanya sahaja orang-orang di dalam rumah tersebut atau ajak mereka sama-sama mencari ikut petua ini. - CARI
Cara Mudah dan Cepat Cari Barang Hilang ~ Contoh barang yang selalu hilang adalah kunci rumah, kunci kereta, dompet, dan juga telefon bimbit. Ada beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan barang hilang.
Pertama, sebab kita terlupa kita letak dimana barang tersebut. Kedua, mungkin sebab kita letak bukan di tempat yang selalu kita letak barang tersebut. Yang ketiga, mungkin kerana barang itu teralih dari tempat asalnya.
Jadi, bagaimanakah cara yang mudah dan cepat untuk menemukan semula barang yang hilang tadi? Gunakan petua yang akan dikongsikan ini.
Langkah 1 - Kenal pasti tempoh masa barang tersebut sudah hilang
Tanyakan diri anda, sudah berapa lamakah barang tersebut hilang? Adakah baru 2 ke 3 hari? Atau sudah masuk seminggu lebih? Cuba imbas kembali bila kali terakhir anda nampak barang tersebut. Dah ingat berapa lama? Ok, kita ke-langkah yang seterusnya.
Langkah 2 - Pilih cara mencari mengikut tempoh masa tadi. Mulakan carian mengikut urutan yang berikut;
Tempoh hilang 1 hingga 5 hari - Mulakan mencari pada bahagian atas. Jika anda berdiri, ianya berada di paras bahu ataupun 'eye level' anda. Jika anda duduk, cari di bahagian atas meja atau sofa yang pernah anda duduki. Selalunya barang tersebut ada di kawasan itu sahaja dan agak mudah untuk menemukan semula.
Tempoh hilang 6 hingga 10 hari - Cari di bahagian tengah. Jika anda berdiri, fokus mencari di kawasan sama aras dengan pinggang. Selain itu, barang tersebut juga mungkin telah terselit di celah barang-barang lain. Jadi mungkin anda perlu menyelak dan mengalih beberapa barang lain semasa mencari. Keadaan begini biasanya akan mengambil masa yang agak lama sedikit untuk berjumpa semula barang tersebut.
Tempoh hilang melebihi 10 hari - Kemungkinan besar barang tersebut telah terjatuh ke bawah atau atas lantai. Jadi cepat-cepat fokuskan carian anda pada bahagian bawah sahaja. Cuba cari di bawah meja atau bawah kerusi.
Petua ini hanyalah bantuan untuk memudahkan proses mencari sahaja. Kadang-kala ianya menjadi, dan kadang-kala usaha mencari itu boleh berakhir dengan kekecewaan. Boleh jadi barang tersebut telah diambil oleh orang lain dan diletakkan di tempat yang asing bagi anda. Lagi pun, barang itu hanya hilang di dalam rumah, anda boleh tanya sahaja orang-orang di dalam rumah tersebut atau ajak mereka sama-sama mencari ikut petua ini. - CARI
0 comments
Catat Ulasan