Gedung Beli Belah Pamer Patung Beruang Aksi tidak Sopan Jadi Tular

Rata-ratanya menganggap kedudukan patung tersebut seperti sedang beraksi lucah menurut Asia News Network - Sembang Pacak


Gedung Beli Belah Pamer Patung Beruang Aksi tidak Sopan Jadi Tular |Sudah terasa kemeriahan Hari Krismas yang bakal disambut tak lama lagi bila pusat membeli belah sudah mula memasang perhiasan.

Namun sebuah gedung beli belah yang terletak Isle of Man di United Kingdom mungkin agak keterlaluan dalam hiasannya.

Patung beruang polar yang diletakkan sebagai hiasan di situ menjadi tular di media sosial dan menjadi bahan jenakan netizen.


Asia News Network menyatakan, rata-ratanya menganggap kedudukan patung tersebut seperti sedang beraksi tidak sopan.


Susulan itu, Gedung Tynwald Mills mengeluarkan permohonan maaf dalam satu kenyataanya.

"Kami mahu berterima kasih kepada para pelanggan kami kerana 'terlalu asyik' dengan Krismas tahun ini bersama beruang polar kami di atrium dan memberi jaminan kepad anda bahawa hiasan tersebut telah diubah sedikit sejak ia dipasang.

"Mohon maaf kepada semua yang tersinggung dengan hiasan kami yang sedikit interaktif."

0 comments

Catat Ulasan