Bapa Bakar Katil Gara-gara Anak Liat Bangun Tidur

Berang kerana si anaknya tidak juga bangun selepas dikejutkan, si bapa mengambil diesel dan menghidupkan api pada katil anaknya - sembang pacak


Bapa Bakar Katil Gara-gara Anak Liat Bangun Tidur | Kejadian yang berlaku di Shanghai, China ini mengejutkan orang ramai apabila anak lelaki kepada seorang bapa didapati sukar untuk bangun tidur menyebabkan bapanya nekad membakar katil.

Berlaku sekitar April 2018 yang lalu, bapanya cuba untuk mengejutkan si anak untuk bangun daripada katilnya namun anaknya masih lagi tidur. Dilaporkan bapa dan anak itu tadi berkerja sebagai operator mesin dan mereka sudah berjanji untuk bertemu klien seawal jam 6 pagi.

Berang kerana si anaknya tidak juga bangun selepas dikejutkan, si bapa mengambil diesel dan menghidupkan api pada katil anaknya.

Si bapanya dihadapkan ke mahkamah pada 20 November lalu atas kes cubaan membunuh.



Sumber: Kwong Wah

0 comments

Catat Ulasan