Apabila ditanya untuk menggambarkan penyesalan penting dalam kehidupan ramai mereka yang berjaya, lebih 8 daripada 10 orang memberi tumpuan kepada tindakan yang mereka tidak ambil. Dalam erti kata lain, mereka memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang mereka gagal lakukan dan bukannya pada perkara yang mereka gagal bertindak - – David Niven, 100 Rahsia Mudah Orang Yang Berjaya.
Rahsia Cara Untuk Berjaya | Anda boleh menjadi orang yang berjaya dalam kehidupan anda dengan mengamalkan beberapa tabiat baru ini yang sangat mudah dan berkesan.
Rahsia Cara Untuk Berjaya | Anda boleh menjadi orang yang berjaya dalam kehidupan anda dengan mengamalkan beberapa tabiat baru ini yang sangat mudah dan berkesan.
“Apabila ditanya untuk menggambarkan penyesalan penting dalam kehidupan ramai mereka yang berjaya, lebih 8 daripada 10 orang memberi tumpuan kepada tindakan yang mereka tidak ambil. Dalam erti kata lain, mereka memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang mereka gagal lakukan dan bukannya pada perkara yang mereka gagal bertindak.” – David Niven, 100 Rahsia Mudah Orang Yang Berjaya.
Memang tidak akan ada satu cara sahaja atau satu jalan terbukti berjaya, tetapi terdapat beberapa ciri-ciri umum dan kepercayaan di kalangan orang yang paling berjaya yang membuatkan mereka lain dari yang lain. Berikut adalah 39 cara hidup mudah orang yang sangat berjaya.
1. Rakan-rakan terbaik mereka semuanya berjaya. Oleh itu, bergaul dengan orang-orang yang berjaya.
2. Mereka amat bermotivasi kerana mereka suka apa yang mereka lakukan. Oleh itu, lakukan apa yang anda suka.
3. Mereka tahu bahawa jika mereka kekal positif, perkara-perkara positif akan berlaku. Oleh itu sentiasa kekal positif.
4. Mereka menentukan kejayaan mereka dengan kebahagiaan, bukan wang. Oleh itu, bergembira selalu dengan apa yang anda ada.
5. Mereka memahami bahawa kejayaan profesional mereka berkait dengan kejayaan peribadi mereka dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu, jadikan kejayaan matlamat hidup anda.
6. Mereka tidak pernah memberi alasan. Oleh itu, berhenti membuat alasan.
7. Mereka melihat risiko sebagai satu peluang untuk menceburi sesuatu yang tidak diketahui dan ia membuatkan hati mereka berdebar kerana mereka sendiri mengambil risiko dengan senyuman yang bersemangat. Oleh itu, belajar mengambil risiko dengan ilmu yang betul.
8. Mereka tidak memilih jalan yang kurang rintangan. Oleh itu, pilih jalan yang lebih mencabar.
9. Mereka mengabaikan perkara negatif dan orang yang berkata, “Anda tidak boleh.” Jadi selalu berkata “Saya boleh.”
10. Mereka mengaku, memperbaiki dan belajar dari kesilapan mereka dengan cepat. Selepas itu, mereka bergerak maju ke hadapan.
11. Mereka terus berusaha walaupun sesuatu yang buruk berlaku kerana mereka tahu akhirnya rezeki akan mengetuk pintu mereka. Oleh itu, cipta peluang untuk anda menarik rezeki.
12. Mereka mengelilingi diri dengan orang-orang yang lebih bijak dan mempunyai lebih banyak set kemahiran. Oleh itu, pilih rakan-rakan anda dengan bijak.
13. Mereka meletakkan nilai yang lebih tinggi pada pengalaman dalam kehidupan mereka daripada harta benda. Oleh itu, perolehi dan cari banyak pengalaman hidup, bukan barangan.
14. Mereka memilih usaha perniagaan baru mereka dengan bijak dan melihat kedudukan masa depan dengan mengutamakan passion utama mereka dan kekuatan diri. Oleh itu, miliki passion dalam apa yang anda kerjakan.
15. Passion mereka untuk membuat yang terbaik memberi inspirasi kepada mereka untuk terus belajar, sentiasa mendengar dengan terbuka, memerhati dan membina rangkaian. Jadi sentiasa bersedia untuk peluang berkembang maju.
16. Mereka tidak tamak. Jadi sentiasa berkongsi.
17. Mereka memberi tumpuan kepada satu perkara pada satu masa. Oleh itu, berhenti dari melakukan multitasking.
18. Mereka tertarik pada masalah atau isu-isu yang orang lain dapati sukar untuk diselesaikan. Oleh itu, cari cabaran.
19. Mereka tidak mengikut kebijaksanaan
konvensional atau apa yang orang lain biasa lakukan atau fikirkan. Oleh itu, ikut gerak hati anda.
20. Hampir setiap perkara yang dilakukan adalah lebih dari jangkaan orang lain. Oleh itu, belajar untuk set pencapaian diri yang tinggi.
21. Mereka mewujudkan list tugasan harian (to-do list) yang realistik. Oleh itu, lakukan beberapa perkara sahaja setiap hari dengan baik.)
22. Mereka tidak pernah menyatakan siapa diri mereka berdasarkan pesaing mereka. Oleh itu, jadi seorang bintang.
23. Mereka tidak pernah hilang fokus pada keperluan pelanggan mereka. Oleh itu, cuba fahami apa yang pelanggan anda mahu.
24. Mereka amat fokus dan terdorong, tetapi mereka tahu bila waktunya untuk berehat dan mereka kerap berehat. Oleh itu, jaga diri anda.
25. Mereka tahu kejayaan akan datang bila masanya, dengan dedikasi berterusan dan kerja keras yang tidak henti-henti. Oleh itu, bekerja keras dengan bijak.
26. Apabila mereka berhadapan dengan keraguan atau kegagalan yang biasanya akan menghancurkan impian seseorang, mereka mengharunginya dengan penuh kesabaran dan ketenangan. Oleh itu, miliki sebuah impian yang kukuh.
27. Mereka mendapat inspirasi daripada perkara-perkara yang menawarkan manfaat terbesar kepada orang lain. Oleh itu, berfikiran besar.
28. Mereka mengejar perkara-perkara dalam kehidupan yang akan membina pengalaman mereka dan membawa kepada peningkatan. Oleh itu, cari peningkatan.
29. Mereka melihat masalah sebagai peluang untuk membawa sesuatu yang baru atau lebih baik kepada dunia. Oleh itu, jadi seorang optimis.
30. Mereka menangguhkan keputusan besar apabila emosi mereka tinggi. Oleh itu, berfikiran setara (level-headed).
31. Mereka bekerja keras menjaga reputasi mereka dengan menjalankan kehidupan dan kerjaya mereka dengan kasih sayang, empati dan etika yang kukuh. Oleh itu, jadi seorang yang sentiasa jujur.
32. Mereka berfikir beberapa langkah ke depan dan mewujudkan laluan alternatif untuk meliputi semua perkara asas. Oleh itu, pastikan anda wujudkan pilihan dalam hidup anda.
33. Mereka kekal fokus pada matlamat utama mereka walaupun melalui masa yang sukar. Oleh itu, sentiasa bersabar.
34. Keluarga adalah keutamaan nombor satu mereka. Oleh itu, luangkan masa berkualiti untuk bersama mereka yang anda sayangi.
35. Mereka membincangkan keputusan penting dengan rakan-rakan sekerja yang dipercayai sebelum melibatkan diri dalam sesuatu perkara. Oleh itu, jadi seorang yang bekerjasama.
36. Mereka berkata-kata dengan hormat dan menghormati orang lain. Oleh itu, jadi seorang yang menghormati orang lain.
37. Mereka memahami bahawa kehidupan mereka pada dasarnya lebih kaya apabila mereka menyumbang tenaga diri mereka dengan sepenuhnya. Oleh itu, berkhidmat secara sukarela dalam komuniti anda.
38. Mereka bertanggungjawab untuk keputusan penting yang mereka lakukan dan mereka kekal telus setiap masa. Oleh itu, jadi seorang yang bertanggungjawab.
39. Mereka bersyukur untuk semua yang telah mereka capai dalam kehidupan mereka dan mereka berterima kasih pada orang-orang yang membantu mereka sampai ke sana. Oleh itu, bersyukur selalu.
(Petikan dari Inc.com; Penulis Peter Economy, The Leadership Guy)
0 comments
Catat Ulasan