Rahsia dan Cara Untuk Bersabar

Bersabar dalam menghadapi masalah merupakan suatu senjata ampuh bagi manusia untuk mendapatkan kebaikan dan hikmah dari masalah yang dihadapi - sembang pacak


 Rahsia dan Cara Untuk Bersabar | Rahsia ini boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja. Cara untuk bersabar apabila menghadapi sesuatu ujian itu adalah baik kepada diri dan sekeliling. Di google terdapat lebih dari 5.1 juta hasil carian mengenai petua untuk bersabar

Rahsia dan Cara Untuk Bersabar... 


Rahsia dan cara untuk bersabar ini dikongsikan kepada pembaca bagaimana untuk menghadapi masalah...
Bersabar dalam menghadapi masalah merupakan suatu senjata ampuh bagi manusia untuk mendapatkan kebaikan dan hikmah dari masalah yang dihadapi. Dalam konteks suami isteri petua untuk bersabar ini amat penting untuk difahami dan diikuti.

Rahsia dan Cara Untuk Bersabar


1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.

5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.

6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.

7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.

8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.

Berikut tadi dikongsikan kepada semua mengenai rahsia, panduan, cara bagaimana, teknik, kaedah ataupun petua untuk bersabar.

Petua untuk bersabar ini boleh dijadikan panduan dan pedoman oleh pasangan suami isteri dalam menghadapi masalah dalam melayari masalah rumahtangga yang dihadapi. - sp

0 comments

Catat Ulasan